Microsoft Office (Word)

9 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 September 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office Word di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Sebelum bermulanya kelas, para peserta dikehendaki mencari puisi kemerdekaan berlainan tajuk antara satu sama lain di dalam internet , kemudian menaip menggunakan Microsoft Office Word.

Di dalam puisi tersebut, para peserta juga diminta untuk menerap elemen kemerdekaan di dalam puisi masing-masing contohnya gambar berkaitan dengan kemerdekaan. Tujuan kelas ini dijalankan untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri peserta. Melalui aktiviti seperti ini, kesedaran tentang konsep dalam sejarah kemerdekaan dapat disemai dalam diri para perserta. Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali